Welcome To Gallery Burdah Bicara Hamba (Mohd Sabri Mohd Yunus)

Enter your email address:

Delivered by sabriyunus

Bagaimana Pula dengan Diri Kita?.


Imam al-Ghazali menyatakan bahawa sabar itu perlu diterapkan dalam setiap situasi hidup. Ini kerana manusia tidak terlepas dari dua corak iaitu; perkara yang sesuai dengan keinginan sendiri dan perkara yang tidak sesuai dengan keinginan atau dikatakan perkara yang tidak disukai. Dalam kedua keadaan tersebut, manusia memerlukan kesabaran.

Keadaan yang sesuai dengan keinginannya misalnya ialah kesihatan, keselamatan, harta dan tuah. Dalam hal ini sangat diperlukan sabar kerana tanpa sabar, semua benda itu akan menjadikan kita sombong dan bongkak. Berkata Sahl al-Tusturi: "Sabar terhadap ujian kemewahan lebih berat daripada sabar terhadap musibah".


Keadaan yang tidak sesuai dengan keinginannya misalnya perkara yang mesti dilaksanakan seperti ibadah, perkara yang mesti dijauhi dan juga perkara yang berlaku tanpa diundang seperti musibah. maka semuanya memerlukan sabar, sama ada melaksanakannya atau menghindarinya.


Ringkasnya penerapan sifat sabar dapat dibahagikan kepada 5 bidang:



1. Sabar Dalam Beribadat

Iaitu tekun mengendalikan diri melaksanakan syarat-syarat dan tatatertib ibadat. Menurut Imam al-Ghazali, dalam pelaksanaan itu perlu diperhatikan tiga keadaan:


* Sebelum beribadat hendaklah aturkan niat yang benar dan ikhlas kerana Allah S.W.T.

* Ketika beribadat, jangan lalai memenuhi syarat-syaratnya dan jangan malas melaksanakan tatatertibnya.

* Sesudah beribadah, jangan bersikap riak dan menunjuk-nunjuk ibadah yang dilaksanakan.


2. Sabar Ditimpa Mala Petaka

Ialah teguh hati ketika mendapat ujian tidak kira apa bentuk ujian sekalipun. Jika tidak disertai sabar, tentu seseorang akan merasa tekanan jasmani dan rohani, hidup menjadi lemah dan hati semakin kusut. Akhirnya timbul kegelisahan dan putus asa hingga mungkin mengambil keputusan tragis seperti membunuh diri dan sebagainya.

3. Sabar Terhadap Kehidupan Dunia

Ialah sabar terhadap tipu daya dunia, jangan sampai terpaut hati kepada nikmat dunia. Kehidupan dunia tidak boleh dijadikan tujuan, sebab ia hanya jambatan ke akhirat.

4. Sabar Terhadap Maksiat

Iaitu mengendalikan diri supaya jangan melakukan maksiat. Maksiat memang sangat kuat menggoda manusia. Soal ini selalu dikaitkan dengan kegiatan syaitan dan iblis yang menggoda manusia supaya menurut hawa nafsu.

5. Sabar Dalam Perjuangan


Ialah dengan menyedari bahawa setiap perjuangan mengalami bangun dan jatuh, menang dan kalah. Selangi perjuangan belum berhasil atau sudah nyata kekalahan, maka hendaklah bersabar menempuhnya. Sabar di sini bererti tidak putus harapan.


HIKMAH SABAR

Sabar itu sifat yang dapat mengangkat diri seseorang ke darjat yang mulia dan tinggi. Seseorang itu akan bahagia di dalam rumah tangganya bilamana ia dapat bersabar mengatur dan melayan seisi keluarganya. Seorang pekerja akan lekas naik pangkat dan bertambah gajinya bila ia tekun dan sabar menjalankan pekerjaannya. Seorang yang sakit akan pulih bila ia sabar makan ubat dan mengikut nasihat doktor. Seorang pelajar akan berjaya bila ia sabar dan rajin mengulang kaji pelajarannya. Begitulah seterusnya manusia akan bahagia, beruntung dan berjaya selama ia bersifat sabar.

One Response to "Sabar Dalam Setiap Situasi"

Leave a Reply

Produk Minda Online MinisiteTanpaPhotoshop
PERHATIAN : SILA KLIK UNTUK PILIHAN RADIO @ TV KEGEMARAN ANDA...

Pengikut

Advertisement

Gambar Ulamak



السلام عليكم

ANDA ADALAH PELAWAT KE
Free Hit Counter
Tetamu Online

Untuk Paparan Terbaik Gunakan
Dengan Resolusi 1024x768

E.Mail :
:: Nama ::
Mohd Sabri Bin Mohd Yunus
:: Asal ::
Pasir Mas,Kelantan
:: Status ::
Sarjana Muda Bahasa Arab
:: Email ::
amsyarmuhazzab@yahoo.com
:: Y!M ::
amsyarmuhazzab
:: Phone Number ::
019-5350620



AMARAN : DILARANG MENCARUT

Di sini kita bertemu dan saling bertukar ilmu

Pautan Pelbagai

Utusan Online Berita Harian Online Harian Metro Online Bernama News Suara Kontemporari The Star Melayu Nst Online Malay Mail The Star Menarik TV3 Yahoo News CNN News Aljazeera English Republika Online Harakah Sinar Harian Sinar Harian Themalaysianinsider Tranungkite Sabahkini Sabahdaily

Online Sevices
Maybank2U CIMBcliks Ambank Airasia MAS TM


Palestin Info kasturi group E-Qamus Photobucket darussyifa' Hadith akhirzaman Photobucket doa teladan belajar ba kalamfikalam isuhangat SoalJawab