Welcome To Gallery Burdah Bicara Hamba (Mohd Sabri Mohd Yunus)

Enter your email address:

Delivered by sabriyunus

“Naqib adalah teras jemaah kerana ia memiliki hak tarbiyah, takwin, pengambilan baiah, pengaliran qiadah, dan membuat keputusan (qarar)” - Said Hawa, Al Madkhal Ila Al-Muslimin : Hal 95-96

PENGERTIAN NUQABA’

Pengertian nuqaba’ berasal dari kata asal نقب على القوم- نقابة maknanya صار نقيبا عليهم، اى قام شخص برعاية شئونهم
ertinya : seorang yang mengurus dan mengendalikan urusan masyarakat.

Firman Allah Taala : Al-Maidah : 12
"ولقد أخذ الله ميثاق بني إسرءيل وبعثنا منهم اثنى عشر نقيبا وقال الله إني معكم....."

Perkataan naqib maknanya كبير القوم المعنى بشئونهم ertinya : Pemimpin masyarakat yang bertanggungjawab tentang urusan mereka.

Naqib di dalam Harakah Islamiah bermaksud : seorang ahli jamaah yang mempunyai kelayakan thaqafah, khasais dan iltizamat yang mantap dan diamanahkan untuk memimpin dan mentarbiyah ahli-ahli jamaah mengikut wasilah-wasilah tertentu (umum dan khusus).

As-Sheikh Sa’id Hawwa membahagikan ahli jamaah kepada empat peringkat :

Pertama :الأنصار
Kedua : المجاهدين 1 العاملين
Ketiga : النقباء
Keempat :النواب

NUQABA’ / NAQIBAT DALAM KACAMATA JAMAAH ISLAM

Di dalam bahagian ini saya akan menggambarkan kedudukan nuqaba’ sebagai sebuah institusi / markaz yang amat penting dalam jamaah Islam. Nuqaba’ / Naqibat merupakan tenaga penggerak yang amat penting dalam jamaah, sebab itu jamaah tidak akan memiliki kekuatan sekiranya berlaku kepincangan di dalam institusi nuqaba’.

Jamaah akan menghadapai persolan : Bagaimana ahli dapat dipimpin arah perjuangan ? Bagaimanakah ahli-ahli dapat ditarbiyah rohani, jasmani dan thaqafah mereka? Seterusnya jamaah akan menghadapi kesukaran-kesukaran untuk menyerahkan mandat-mandat penting dalam mengendalikan tugas-tugas jamaah.

Semua persoalan dan kesukaran itu tidak akan terjawab selama mana tidak adanya di dalam saf jamaah suatu barisan tenaga nuqaba’ yang mempunyai kelayakan dan persediaan yang cukup.’

Untuk mengatasi persoalan-persoalan beginilah maka usaha yang bersungguh-sungguh mesti dilakukan oleh jamaah untuk melahirkan tenaga nuqaba’ yang baik. Dengan itu dapat menjamin kelahiran ahli jamaah yang berkualiti.

Itulah secara ringkas gambaran tentang kepentingan para nuqaba’ / naqibat dalam sebuah jamaah Islam.

Seterusnya perlu digambarkan di sini tentang kedudukan para nuqaba’ di dalam saf jamaah, supaya kita semua mendapat tasawwur yang sejelas-jelasnya tentang tanggugjawab dan peranan masing-masing.

Naqib di dalam kacamata jamaah Islam merupakan sepohon pokok yang baik dan berguna kepada manusia dan alam seluruhnya sebagaimana firman Allah Taala ( Ibrahim : 24). Ini bererti institusi Nuqaba’/ Naqibat adalah merupakan pokok-pokok yang tersebut yang menmghiasi taman gerakan Islam. Untuk menghasilkan kekuatan dan keutuhan jamaah maka setiap pokok itu hendaklah dirangkai dengan pokok-pokok yang lain dengan ikatan-ikatan berikut :

 Ikatan iman dan amal
 Ikatan ukhuwwah dan mahabbah.
 Ikatan saling hormat-menghormati
 Ikatan kerjasama dan jihad
 Ikatan syura
 Ikatan taaruf, tafahum dan takaful
 Ikatan perasaan.

Setelah memahami kedudukan institusi nuqaba’, maka para Nuqaba’ / Naqibat adalah bertanggungjawab sebagai :

1) Madrasah-madrasah kecil (usrah atau medan indoktrin ‘school of thought’ jemaah) kepada jamaah bagi menyalurkan ilmu dan tarbiah kepada ahli-ahli mengikut manhaj / muqarrar yang ditentukan oleh jamaah.
2) Mursyid, tempat rujuk dan bernaung kepada ahli-ahli jamaah dalam melicinkan perjalanan hidup mereka.
3) Cermin dan tempat mengukur kekuatan dan kemantapan jamaah dan ahli-ahli. Sekiranya Nuqaba’/ Naqibat lemah, maka kita dapat bayangkan realiti jamaah dan ahli-ahli .
4) Benteng pertama dan golongan teras first-liner (al-Qaedah as-Sulbah) kepada jamaah dalam mempertahankan kekuatan dari serangan dan tekanan-tekanan musuh dari luar.
5) Tentera-tentera jamaah yang bertanggungjawab mengawal keselamatan sempadan jamaah dari dicerobohi oleh syaitan dan musuh-musuh.
6) Pengawal-pengawal yang bekerja mengawal keselamatan dalaman jamaah dari sebrang anasir-anasir yang boleh menghuru-harakan kestabilan organisasi dan ahli-ahli atau pergerakan dalaman jamaah.

CIRI-CIRI ASAS PARA NUQABA’ DAN NAQIBAT

Apa yang dinmaksudkan dengan ciri-ciri asas para Nuqaba’ ialah : Ciri-ciri yang mesti dimiliki oleh para Nuqaba’ dan Naqibat bagi menjamin suatu pengendalian usrah yang sempurna dan berkesan, seterusnnya menjayakan peranan mereka sebagai Nuqaba’ di luar usrah.

CIRI PERTAMA
Ciri-ciri Murabbi :

Naqib ialah seorang Murabbi yang mempunyai syakhsiah yang unggul, semangat dan kesungguhan yang tinggi untuk mentarbiah, melatih, mendidik, membina akhlak, sikap dan perjalanan hidup ahli-ahli sehingga mampu memikul amanah perjuangan di semua peringkat. Para Murabbi adalah orang-orang yang tidak mengenal putus asa, malah menghadapi tugas-tugas pentarbiahan dengan meletakkan sepenuhnya pergantungan kepada pertolongan dan hidayah Alaah Taala.

CIRI KEDUA
Ciri-ciri guru atau mu’alim :

Naqib adalah seorang mu’alim yang mempunyai persiapan ilmu dan thaqafah yang luas, memiliki semangat yang tinggi untuk mencurahkan seluruh ilmu pengetahuan kepada ahli-ahli usrah dan membimbing mereka di dalam bidang keilmuan.

Ditegaskan di sini bahawa para Nuqaba’ dan Naqibat hendaklah mendalamkan pembacan dan pengetahuan tentang Fiqh Dakwah, gerakan dan jemaah-jamaah, Fiqh Al-Bina dan At-Taqwim.

CIRI KETIGA
Ciri seorang bapa atau ibu (Al-Ab atau Al-Umm) :

Naqib /. Naqibah adalah seorang bapa / ibu (yang bertanggungjawab) menumpukan sepenuhnya perhatian, kasih sayang, belaian mesra kepada anak-anaknya dengan menaruh harapan yang tinggi agar anak-anaknya menjadi manusia yang berguna dan berjasa kepada mereka setelah dewasa nanti.

Sifat-sifat seperti ini mesti dimiliki oleh para Nuqaba’ dan Naqibat. Segala tindak-tanduk Naqib adalah bertolak dari rsa kasih sayang dan kasih mesra dengan niat mendidik ahli-ahli usrah supaya berjasa kepada Islam.

CIRI KEEMPAT
Ciri al-akh al-Muslim / al-ukht al-Muslimah :

Naqib adalah seorang al-akh al-Muslim / al-ukht al-Muslimah yang sejati yang hidup bersama dengan ahli-ahli usrah di atas landasan persaudaraan Islam, bersedia memberi teguran dengan baik dan menerima nasihat dan pandangan dengan rasa senang hati.

One Response to "KONSEP NAQIB DALAM GERAKAN ISLAM"

Leave a Reply

Produk Minda Online MinisiteTanpaPhotoshop
PERHATIAN : SILA KLIK UNTUK PILIHAN RADIO @ TV KEGEMARAN ANDA...

Pengikut

Advertisement

Gambar Ulamak



السلام عليكم

ANDA ADALAH PELAWAT KE
Free Hit Counter
Tetamu Online

Untuk Paparan Terbaik Gunakan
Dengan Resolusi 1024x768

E.Mail :
:: Nama ::
Mohd Sabri Bin Mohd Yunus
:: Asal ::
Pasir Mas,Kelantan
:: Status ::
Sarjana Muda Bahasa Arab
:: Email ::
amsyarmuhazzab@yahoo.com
:: Y!M ::
amsyarmuhazzab
:: Phone Number ::
019-5350620


Kandungan Blog


AMARAN : DILARANG MENCARUT

Di sini kita bertemu dan saling bertukar ilmu

Pautan Pelbagai

Utusan Online Berita Harian Online Harian Metro Online Bernama News Suara Kontemporari The Star Melayu Nst Online Malay Mail The Star Menarik TV3 Yahoo News CNN News Aljazeera English Republika Online Harakah Sinar Harian Sinar Harian Themalaysianinsider Tranungkite Sabahkini Sabahdaily

Online Sevices
Maybank2U CIMBcliks Ambank Airasia MAS TM


Palestin Info kasturi group E-Qamus Photobucket darussyifa' Hadith akhirzaman Photobucket doa teladan belajar ba kalamfikalam isuhangat SoalJawab