Welcome To Gallery Burdah Bicara Hamba (Mohd Sabri Mohd Yunus)

Enter your email address:

Delivered by sabriyunus

بسم الله الرحمن الرحيم



Semoga kita tidak lupa akan segalanya.pengorbanan ibubapa kita semua. Sangat menyentuh perasaan.

Isnin / 20 April 2009 / 10.15pg / R308 DN Putera, USM The Apex University




Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan Pentadbir 'alam. Dari-Nya kita datang, kepada-Nya kita akan dikembalikan. Maha Suci Allah yang menciptakan sesuatu itu mengikut kehendak-Nya. Dia Menciptakan sesuatu daripada tiada kepada wujudnya sesuatu itu. Maha Suci Allah Yang Maha Mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim seseorang wanita itu. Maha Suci Allah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara ghaib lagi tersembunyi. Dia-lah Tuhan yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan. Maha Suci Allah daripada bersifat dengan segala sifat ketidaksempurnaan.Maha Suci Allah yang Maha Pengampun, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dengan limpahan kasih-Nya maka berkasih sayanglah sekalian makhluq-makhluq-Nya. Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam, ahli keluarga Baginda, para sahabat baginda, para tab'ien, para 'ulama yang haq, dan sekalian para pejuang Islam dan umat Islam sama ada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Aameen


Renungan Bersama

Bila dahaga, yang susukan aku... mak
Bila lapar, yang suapkan aku... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku... mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ... mak
Bila nak bermanja, aku dekati... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya... mak
Bila nakal, yang memarahi aku... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah...mak
Bila takut, yang tenangkan aku...mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk... mak
Aku selalu teringatkan ... mak
Bila sedih, aku mesti talipon... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu...mak
Bila bengang.. aku suka luah pada...mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga...mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu...mak
Bila ada masalah, yang paling risau... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni... mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku...mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk...mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku...mak
Yang selalu nasihat aku... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... mak

Apabila Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.... mak


Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak

Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan

“Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak


Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, & keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Di ambil daripada :Sumber 1,2

One Response to "Video sempena hari Ibu"

Leave a Reply

Produk Minda Online MinisiteTanpaPhotoshop
PERHATIAN : SILA KLIK UNTUK PILIHAN RADIO @ TV KEGEMARAN ANDA...

Pengikut

Advertisement

Gambar Ulamak



السلام عليكم

ANDA ADALAH PELAWAT KE
Free Hit Counter
Tetamu Online

Untuk Paparan Terbaik Gunakan
Dengan Resolusi 1024x768

E.Mail :
:: Nama ::
Mohd Sabri Bin Mohd Yunus
:: Asal ::
Pasir Mas,Kelantan
:: Status ::
Sarjana Muda Bahasa Arab
:: Email ::
amsyarmuhazzab@yahoo.com
:: Y!M ::
amsyarmuhazzab
:: Phone Number ::
019-5350620



AMARAN : DILARANG MENCARUT

Di sini kita bertemu dan saling bertukar ilmu

Pautan Pelbagai

Utusan Online Berita Harian Online Harian Metro Online Bernama News Suara Kontemporari The Star Melayu Nst Online Malay Mail The Star Menarik TV3 Yahoo News CNN News Aljazeera English Republika Online Harakah Sinar Harian Sinar Harian Themalaysianinsider Tranungkite Sabahkini Sabahdaily

Online Sevices
Maybank2U CIMBcliks Ambank Airasia MAS TM


Palestin Info kasturi group E-Qamus Photobucket darussyifa' Hadith akhirzaman Photobucket doa teladan belajar ba kalamfikalam isuhangat SoalJawab