Welcome To Gallery Burdah Bicara Hamba (Mohd Sabri Mohd Yunus)

Enter your email address:

Delivered by sabriyunus

sihir

Dicatat oleh . 0 ulasan
Manusia di zaman ini, seperti mana manusia di zaman sebelumnya, menyangka yang ia telah mengetahui segala-galanya. Bertapa tidak, bukankah manusia dari kalangan generasi ini telah menyingkap apa yang ada dalam sel dan mengetahui tentang atom dan butir electron serta orbit-orbit yang terdapat padanya? Bukankah ia telah dapat mengkaji awan, menyukat udara, dan mengetahui hujan akan turun dan berapa lebat hujan akan turun, serta bagaimana keadaan kemarahan yang akan melanda?

Tetapi hakikat dan kenyataan adalah bertentangan sama sekali dengan sangkaannya itu. Kerana apa yang diketahui oleh manusia sebenarnya adalah amatlah sedikit, walaupun di bidang kepakarannya sendiri. Memang benarlah Allah Maha Agung telah berfirman:

"kami tinggikan darjat sesiapa yang kami sukai, dan di atas (surah Yusuf: 76) segala orang yang berpengetahuan itu ada yang lebih Maha Mengetahui."

Biar bagaimana luas sekalipun pengetahuan manusia, di atasnya tetap ada yang lebih berpengetahuan lagi. Keadaan ini terus berjalan sehinggalah kita tiba ke suatu tahap dimana terdapat ilmu pengetahuan yang tidak terbatas luasnya ; iaitulah ilmu yang hanya diketahui oleh Allah S.W.T. semata-mata.

Sejarah sihir bermula sejak bermulanya kehidupan manusia dan ia masih tetap wujud hingga ke hari ini dan keadaannya pun masih seperti keadaannya di zaman lampau itu. Begitu jugalah sehingga ke hari ini masih terdapat perbuatan-perbuatan menipu dan memperdaya dengan menggunakan sihir.

Sejak dahulu hingga sekarang, apabila mengerjakan tanah untuk bertani dengan membuat tali-tali air, menyediakan batas-batas kemudian menabur benih, menjirus, mengawalnya dari serangan serangga, membersihkannya dari rumput-rampai dan menghalau burung-burung, namun demikian untuk menjamin pertumbuhan yang subur dan hasil yang banyak, manusia merasa mesti ada sesuatu yang lain bagi menjamin tanamannya terselamat dari bahaya-bahaya penyakit dan bencana. Nasib yang baik itulah yang dicarinya, kerana jika nasibnya buruk nescaya tidak bergunalah segala usaha yang baik dan perbuatannnya berjaga di sepanjang malam. Sebab itulah manusia mendapatkan sihir bagi mendatangkan tuah kepadanya atau bagi membantutkan sihir yang dibuat oelh orang lain untuk merosakkan tanaman dan mengurangkan hasilnya.

Apabila keluar untuk memburu, manusia itu mungkin menemui burung atau binatang liar yang mudah dapat diburunya, dan mungkin pula ia gagal untuk menangkap atau membunuhnya, walaupun ia seorang yang amat cekap mengenakan sasarannya dan kedudukan mangsanya pun hampir dengannya. Dengan itu ia merasa perlu kepada sihir agar nasibnya menjadi lebih baik, atau bagi mematahkan sihir nahas yang menimpanya.

ANCAMAN SIHIR TERHADAP ISLAM

Sihir adalah berupa bantuan yang diperoleh daripada syaitan-syaitan yang mana kerananya menyebabkan manusia menjadi kafir.

Sihir diamalkan oleh orang-orang fasiq yang bertujuan untuk mendatangkan kemudaratan kepada seseorang kerana dendam atau sebagainya.

Sihir adalah amalan syaitan yang bertujuan menyesatkan manusia.

Merosakkan aqidah seseorang.

Menyebabkan persengketaan dalam masyarakat.

Menyebabkan pengamal limu sihir bersikap takbur dan zalim.

Membazir masa, wang dan tenaga akibat perbuatan sia-sia.

Sesiapa yang mengamal sihir pasti akan ditimpa gejala-gejala yang amat dahsyat. Mungkin yang paling ringannya ialah gila atau hilang ingatan atau kebimbangan yang sangat berat terhadap sesuatu yang majhul dalam kehidupan mereka; malah mereka takut terhadap segala-gala dan terhadap apa sahaja.

CARA MENGATASI SIHIR

Sebagaimana yang disebut oleh al-Quran iaitu Firman Allah dalam surah Al-Isra’ ayat 92, surah Al-Falaq dan Fushshilat ayat 44.

Dengan al-Quran seseorang mukmin itu melalui keimanannya akan sembuh dari penyakit kekufuran dan kesesatan.

Mengambil tindakan tegas terhadap orang yang mengamalkan sihir.

Menerapkan ajaran Islam secara menyeluruh dan mendalam kepada masyarakat Islam.

Tidak memberi sokongan atau kerjasama dengan orang yang melakukan perbuatan tersebut.

Tidak membiarkan mana-mana pihak yang ingin mengadakan persembahan yang ada kaitan dengan sihir.

PENDAPAT ORANG LAIN MENGENAI SIHIR

Islam menganggap tukang sihir itu sebagai seorang yang kufur kerana ia meminta bantuan di dalam sihirnya itu dari kuasa ghaib selain Allah.

Tukang sihir itu selama-lamanya tidak akan memperoleh keuntungan dan ketenangan.

One Response to "sihir"

Leave a Reply

Produk Minda Online MinisiteTanpaPhotoshop
PERHATIAN : SILA KLIK UNTUK PILIHAN RADIO @ TV KEGEMARAN ANDA...

Pengikut

Advertisement

Gambar Ulamak



السلام عليكم

ANDA ADALAH PELAWAT KE
Free Hit Counter
Tetamu Online

Untuk Paparan Terbaik Gunakan
Dengan Resolusi 1024x768

E.Mail :
:: Nama ::
Mohd Sabri Bin Mohd Yunus
:: Asal ::
Pasir Mas,Kelantan
:: Status ::
Sarjana Muda Bahasa Arab
:: Email ::
amsyarmuhazzab@yahoo.com
:: Y!M ::
amsyarmuhazzab
:: Phone Number ::
019-5350620



AMARAN : DILARANG MENCARUT

Di sini kita bertemu dan saling bertukar ilmu

Pautan Pelbagai

Utusan Online Berita Harian Online Harian Metro Online Bernama News Suara Kontemporari The Star Melayu Nst Online Malay Mail The Star Menarik TV3 Yahoo News CNN News Aljazeera English Republika Online Harakah Sinar Harian Sinar Harian Themalaysianinsider Tranungkite Sabahkini Sabahdaily

Online Sevices
Maybank2U CIMBcliks Ambank Airasia MAS TM


Palestin Info kasturi group E-Qamus Photobucket darussyifa' Hadith akhirzaman Photobucket doa teladan belajar ba kalamfikalam isuhangat SoalJawab