Welcome To Gallery Burdah Bicara Hamba (Mohd Sabri Mohd Yunus)

Enter your email address:

Delivered by sabriyunus

ASAL USUL SYAITAN.

Dicatat oleh . 0 ulasan

Secara umumnya terdapat tiga jenis makhluk yang setiap
darinya memiliki asal usul ciptaan yang berbeza:
1. Malaikat yang dicipta dari cahaya.
2. Jin yang dicipta dari api.
3. Manusia yang dicipta dari tanah.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah menerangkan
tentang tiga jenis makhluk ini dalam sabda baginda:

خُلِقَتْ الْمَلاَئِكَةُ مِنْ نُورٍ وَخُلِقَ الْجَانُّ مِنْ مَارِجٍ مِنْ
نَارٍ وَخُلِقَ آدَمُ مِمَّا وُصِفَ لَكُمْ.

Diciptakan malaikat dari cahaya, diciptakan jin dari
nyalaan api dan diciptakan Adam (manusia) dari apa yang telah
dijelaskan kepada kalian.2

Merujuk kepada tiga jenis makhluk di atas, yang penting
untuk diketahui ialah bahan asas ciptaannya dan bukan bagaimana
bahan tersebut berbentuk atau diadun. Ini kerana jika dihimpun
semua ayat al-Qur’an dan hadis yang sahih berkenaan asal usul
malaikat, jin dan manusia, akan ditemui bahawa bahan-bahan
tersebut dinyatakan dalam bentuk yang berbeza atau adunan yang berlainan.
Untuk jin umpamanya, dalam hadis di atas disebut bahawa
ia dicipta dari nyalaan api.

Akan tetapi dalam ayat 27 surah al-Hijr,
disebut bahawa ia dicipta dari ( نار السموم ) “angin api yang amat
panas”. Perbezaan ini sebenarnya saling melengkap dan
memperinci antara satu sama lain. Yang penting untuk kita ketahui
ialah bahan asas untuk ciptaan jin ialah api.
Di antara tiga makhluk ini, manusia dicipta oleh Allah
Subhanahu wa Ta'ala selepas Dia mencipta malaikat dan jin.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia
(Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah
kental yang berubah warna dan baunya. Dan jin pula, Kami
jadikan dia sebelum itu dari angin api yang panasnya menyerap
ke liang bulu roma ( نار السموم ). Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika
Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku
hendak menciptakan manusia dari tanah liat yang kering, yang
berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.” [al-
Hijr 15:26-28]

Dalam ayat di atas, dinyatakan bahawa:
 “Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu…”,
menunjukkan bahawa jin dicipta sebelum manusia.
 “…ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat:
“Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia…”,
menunjukkan malaikat sudah sedia ada ketika Allah hendak
mencipta manusia.
Apabila Allah dan Rasul-
Nya mendiamkan
persoalan ini, bererti ia
bukanlah sesuatu yang
bermanfaat untuk kita
memikirkannya atau
mencari jawapanya.
16
Setakat ini tidak ditemui nas yang sahih lagi jelas yang
menerangkan antara malaikat dan jin, siapakah yang dicipta terlebih
dahulu. Apabila Allah dan Rasul-Nya mendiamkan persoalan ini,
bererti ia bukanlah sesuatu yang bermanfaat untuk kita
memikirkannya atau mencari jawapanya.
Antara tiga makhluk tersebut, syaitan adalah dari jenis
makhluk jin sebagaimana jelas Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam
ayat berikut:
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman
kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”; lalu mereka
sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin. [al-
Kahf 18:50]
Dalam ayat yang lain diterangkan bahawa syaitan berasal
dari api, menunjukkan mereka berasal dari jenis jin:
Allah berfirman: “Apakah penghalangnya yang
menyekatmu daripada sujud ketika Aku memerintahmu?” Iblis
menjawab: “Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai
Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari
tanah.” [al-A’raaf 7:12]
Ada pun iblis, maka ia adalah salah satu nama syaitan.
Tidak ditemui petunjuk sahih apakah iblis ketua syaitan atau
syaitan yang pertama. Sekali lagi, apabila Allah dan dan Rasul-Nya
mendiamkan persoalan “Siapakah iblis?”, bererti ia adalah sesuatu
yang tidak penting untuk kita mengetahuinya. Yang penting ialah
kita mengetahui bahawa iblis adalah salah satu nama syaitan.
Perkaitan antara iblis dan syaitan dapat dilihat pada ayat berikut,setelah iblis enggan sujud kepada Adam:
Allah berfirman (kepada iblis): “Pergilah (lakukanlah
apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang
menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya neraka
Jahannamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup.
Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat
memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokongpenyokongmu
yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk
mengalahkan mereka; dan turut - campurlah dengan mereka
dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka); dan
janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu)”. Padahal tidak ada
yang dijanjikan oleh syaitan itu melainkan tipu daya sematamata.
[al-Isra’ 17:63-64]

One Response to "ASAL USUL SYAITAN."

Leave a Reply

Produk Minda Online MinisiteTanpaPhotoshop
PERHATIAN : SILA KLIK UNTUK PILIHAN RADIO @ TV KEGEMARAN ANDA...

Pengikut

Advertisement

Gambar Ulamak



السلام عليكم

ANDA ADALAH PELAWAT KE
Free Hit Counter
Tetamu Online

Untuk Paparan Terbaik Gunakan
Dengan Resolusi 1024x768

E.Mail :
:: Nama ::
Mohd Sabri Bin Mohd Yunus
:: Asal ::
Pasir Mas,Kelantan
:: Status ::
Sarjana Muda Bahasa Arab
:: Email ::
amsyarmuhazzab@yahoo.com
:: Y!M ::
amsyarmuhazzab
:: Phone Number ::
019-5350620



AMARAN : DILARANG MENCARUT

Di sini kita bertemu dan saling bertukar ilmu

Pautan Pelbagai

Utusan Online Berita Harian Online Harian Metro Online Bernama News Suara Kontemporari The Star Melayu Nst Online Malay Mail The Star Menarik TV3 Yahoo News CNN News Aljazeera English Republika Online Harakah Sinar Harian Sinar Harian Themalaysianinsider Tranungkite Sabahkini Sabahdaily

Online Sevices
Maybank2U CIMBcliks Ambank Airasia MAS TM


Palestin Info kasturi group E-Qamus Photobucket darussyifa' Hadith akhirzaman Photobucket doa teladan belajar ba kalamfikalam isuhangat SoalJawab