Welcome To Gallery Burdah Bicara Hamba (Mohd Sabri Mohd Yunus)

Enter your email address:

Delivered by sabriyunus



“Ustaz tidak pernah bergaduh dengan isteri?” tanya sahabat saya.

“Bergaduh yang macam mana?” saya menoleh kepadanya.

Perjalanan ke lokasi program masih jauh. Masih banyak masa untuk berbual dan bertukar kisah. Kalau boleh, biarlah kisah yang boleh mencelikkan mata.

“Bergaduh. Bertengkar atau salah faham. Tak semestinya sampai baling-baling senduk dan tudung periuk,” jelas beliau.

“Tak ingat kata P. Ramlee?” saya bertanya kepadanya pula.

“Kata-kata yang mana tu, ustaz?” soal beliau. Matanya masih tekun mengawal perjalanan kereta.

“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri!” saya memetik lagu P. Ramlee yang dimaksudkan.

“Ooo, adegan dalam kandang kuda itu ya?” katanya sambil ketawa. Teringat kepada kisah Tiga Abdul.

“Ya. Kenangan di kandang kuda,” saya mengiyakan telahannya.

“Maknanya ustaz pernahlah bergaduh dengan isteri?” beliau meminta kepastian.

REALITI BUKAN FANTASI

“Tentulah. Berselisih faham, bermasam muka, merajuk atau mengamuk, semua itu asam garam kehidupan berumahtangga. Sampai masanya nanti anta akan menempuhnya, Insya Allah,” saya tersenyum kepadanya.

Ada kalanya saya berasa kaget dengan soalan-soalan yang diajukan kepada kami. Masakan saya dan isteri terlepas peluang untuk bergaduh dan berselisih faham dalam kehidupan kami. Ya, ia adalah peluang. Ruang yang diberikan oleh Allah sebagai peluang untuk suami isteri belajar meningkatkan diri. Bukanlah bermaksud sengaja mencari gaduh. Tetapi setiap kali berlakunya perselisihan faham, ia pasti berakhir dengan satu pelajaran baru buat suami dan isteri jika mereka berjaya mempositifkannya.

Alangkan rumahtangga Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam sendiri menempuh fasa-fasa sedemikian rupa, apatah lagi kita yang serba kekurangan ini? Malah, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam juga pernah mentalaqkan isteri baginda iaitu Hafsah binti Umar al-Khattab, dan kemudian rujuk semula. Ia catatan sejarah untuk mengajar Muslim menguruskan realiti, bukan berfantasi.

“Macam mana ustaz dan isteri positifkan pergaduhan?” tanya beliau lagi.

MASIH ADA SAYANG

“Tanyalah kembali kepada diri masing-masing, apakah kamu masih menyayangi sang isteri? Isteri juga harus bertanya kepada diri, sejujur-jujurnya, apakah kamu masih sayangkan suami? Kalau sayang itu masih ada, berusahalah atas nilai kasih sayang itu untuk mencari penyelesaian dan jalan keluar,” saya memberikan cadangan.

“Betul, betul. Saya masih ingat kuliah ustaz tentang Win-win Situation. Kecenderungan kepada penyelesaian akan lebih ketara andai ada kasih dan sayang antara dua pihak yang bertembung. Termasuk suami isteri,” katanya yang pernah hadir ke kuliah saya sebelum ini.

“Jazakallahu khairan ya akhi. Terima kasih kerana ingat akan hal-hal tersebut,” saya menghargai ingatannya kepada isi kuliah yang entah bila saya sampaikan itu.

“Satu lagi soalan, ustaz” sambungnya lagi.

“Apa dia?” saya bertanya.

MENCARI EPISOD KASIH

“Macam mana kita nak tentukan yang kita masih ada rasa sayang kepada isteri, kalau semasa itu kita sedang marah-marah?” beliau terus mengajukan soalan.

Wah, bagus sungguh anak muda ini. Tajam fikirannya, dan kritis dalam menghalusi pandangan.

“Hmm… kenanglah balik peristiwa-peristiwa semasa cinta sedang mekar dan segar bugar itu,” saya membalas.

“Apa kenangan terhebat ustaz? Yang boleh mengingatkan ustaz kepada cinta ustaz untuk Kak Muna? Cewah!” kata beliau dalam nada bergurau tetapi serius.

“Ehh, apa pula yang ada cewah di hujung tu?” saya ketawa mendengar ekspresi beliau.

“Tak ada apa-apa. Saya rasa malulah pula tanya ustaz soalan-soalan macam ini,” jelas beliau. Jujur.

“Hmm, kalaulah ada masa yang kami berselisih faham, atau jika tiada salah faham sekali pun, saat yang paling bermakna untuk ustaz kenangkan ialah petang ustaz menentukan tarikh bertunang. Selepas menetapkan persetujuan, ustaz ditanya oleh bakal ibu mertua ustaz sama ada sudah pernah bersua muka dengan bakal tunang atau tidak?” saya mengomel.

“Ustaz pernah jumpa?” tanya beliau.

“Anta ni, tak baca buku analah ya!” saya menduga.

“Bacalah ustaz. Tapi tak pasti yang mana satu. Saya ni ada sifat pelupa sikit,” katanya lagi.

“Tentulah tak pernah jumpa. Memang abang ustaz pun terkejut masa itu. Jadi, bakal emak mertua ustaz panggillah Kak Muna yang menyorok di dapur tu supaya keluar. Dan itulah kenangan terindah ustaz sebab kali pertama ustaz menatap wajah bakal isteri, ialah di dalam majlis yang paling mulia dan halal iaitu di rumahnya sendiri, dan di hadapan ibu serta bapanya!” saya tersenyum sambil bercerita.

“Wah, sweetnya! Betullah kata guru saya, kemanisan dan kenikmatan itu ada pada yang halal!” beliau membuat kesimpulan.

“Ya. Sebab itu, janganlah dicemar perhubungan pra perkahwinan dengan apa-apa yang haram atau syubhat. Biar kenangan semuanya halal dan indah belaka,” saya menokok.

“Samson kena buat lagu baru sempena Ramadhan ni!” katanya dengan nada gurau.

“Lagu apa?” saya tidak dapat menangkap maksudnya.

“Kenangan Terhalal!” jawab beliau.

Kami ketawa… bermanfaat sungguh usrah kami di lebuh raya.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com

One Response to "Asam Garam HidupBerumahTangga"

Leave a Reply

Produk Minda Online MinisiteTanpaPhotoshop
PERHATIAN : SILA KLIK UNTUK PILIHAN RADIO @ TV KEGEMARAN ANDA...

Pengikut

Advertisement

Gambar Ulamak



السلام عليكم

ANDA ADALAH PELAWAT KE
Free Hit Counter
Tetamu Online

Untuk Paparan Terbaik Gunakan
Dengan Resolusi 1024x768

E.Mail :
:: Nama ::
Mohd Sabri Bin Mohd Yunus
:: Asal ::
Pasir Mas,Kelantan
:: Status ::
Sarjana Muda Bahasa Arab
:: Email ::
amsyarmuhazzab@yahoo.com
:: Y!M ::
amsyarmuhazzab
:: Phone Number ::
019-5350620


Kandungan Blog


AMARAN : DILARANG MENCARUT

Di sini kita bertemu dan saling bertukar ilmu

Pautan Pelbagai

Utusan Online Berita Harian Online Harian Metro Online Bernama News Suara Kontemporari The Star Melayu Nst Online Malay Mail The Star Menarik TV3 Yahoo News CNN News Aljazeera English Republika Online Harakah Sinar Harian Sinar Harian Themalaysianinsider Tranungkite Sabahkini Sabahdaily

Online Sevices
Maybank2U CIMBcliks Ambank Airasia MAS TM


Palestin Info kasturi group E-Qamus Photobucket darussyifa' Hadith akhirzaman Photobucket doa teladan belajar ba kalamfikalam isuhangat SoalJawab