Welcome To Gallery Burdah Bicara Hamba (Mohd Sabri Mohd Yunus)

Enter your email address:

Delivered by sabriyunus




Hidup ini tak sentiasanya gembira. Kadang-kadang ada rasa sedih pilu, kadang-kadang ada rasa tertekan, kadang-kadang ada rasa tiada mood dan kadang-kadang ada rasa tiada motivasi...hanya pada Allah kita memohon segalanya...

Berikut ini hamba kongsikan beberapa cara untuk tingkatkan motivasi diri. Cara yang hamba amalkan ketika hamba tiada motivasi atau ketika masa motivasi hamba tengah jatuh merudum.

Tingkatkan motivasi diri : Cara sabriyunus

* 1. Hamba akan dengar alunan ayat-ayat suci al-Quran oleh qari kegemaran hamba.Ini blog quran hamba

Inilah cara paling mujarab yang hamba amalkan bagi meningkatkan motivasi diri hamba. Salah satu hobi dan kegemaran hamba ialah mendengar bacaan quran dari qari-qari hebat seluruh dunia. Antara qari kegemaran hamba ialah al-Imam Fahd Al-Kanderi, Syeikh Mutawwali, Syeikh Hajjaj Ramadan Hindawi, al-marhum Syeikh Abdul Baasit, al-Marhum Syeikh Mustafa Ismail, Syeikh Abdur Rahman Sudais, Syeikh Ahmad Faizul al-Jerantuti dan banyak lagi. Apabila hamba mendengar bacaan Quran oleh qari-qari ini, hati hamba akan menjadi begitu tenang. Saya akan jadi lebih fokus, bermotivasi dan bersemangat tinggi.

* 2. hamba akan mendengar lagu/nasyid kegemaran hamba

Ni pun salah satu cara hamba meningkatkan motivasi iaitu mendengar lagu atau nasyid2 kesukaan hamba. Hamba paling suka lagu Sami Yusuf. Semua lagi Sami Yusuf best jugak terutamanya “Hasbi Robbi”



* 3. Hamba akan mendengar ceramah-ceramah agama.

Mendengar ceramah agama akan memberikan peringatan kepadahambatentang maksud dan tujuan hidup hamba atas dunia yang sementara ini. Apabila hamba ingat tujuan hidup hamba, makahamba akan jadi lebih bersyukur dan rasa bersemangat untuk memperbaiki kehidupan hamba. Di antara Ceramah yang palinghamba suka dengar ialah ceramah Ustaz Shamsuri, Penerangan yang diberikan sangat jelas dan mudah faham. hamba ada beratus-ratus koleksi ceramah yang hamba simpan dalam iPod/Ceramah yang disampaikan oelah berpuluh2 penceramah tanahair dan luar. hamba akan bawa iPod tu ke mana-mana . Bila ada masa lapang, hamba akan dengar ceramah2 tu. Alhamdulillah, setakat ini, motivasi dan semangat hamba akan naik setelah mendengar ceramah2 tersebut.Banyak la lagi lain-lain ceramah yang hamba dengari..

* 4. Hamba akan membaca buku motivasi atau mendengar kisah-kisah orang yang telah berjaya.

Hamba ada beberapa koleksi buku dan ebook2 mengenai biografi dan tokoh-tokoh yang berjaya dalam bidang masing-masing. Apabila hamba berasa tiada motivasi, biasanya hamba akan cuba untuk membelek-belek buku atau kisah2 orang berjaya ini dan membacanya. Pembacaan yang dilakukan mampu menyuntik semangat baru dalam diri .

* 5. Hamba Suka juga menonton program BERSAMAMU TV3 dan mengenangkan nasib mereka yang lebih susah daripada hamba.

Hamba selalu mengingatkan kepada diri sendiri ; “Kalau kita rasa diri kita ada masalah teruk, rasa tertekan dan tiada motivasi, ingatlah sesungguhnya ada lagi ramai orang yang bermasalah jauh lebih teruk daripad kita.” hamba selalu cuba untuk bandingkan dengan orang yang lebih bernasib malang dari hamba. Sebab apa? Sebab kalau kita bandingkan diri kita dengan orang lebih bagus, lebih kaya, lebih hebat, lebih sihat dan lebih poket berisi daripada kita, maka kita akan terlupa untuk bersyukur dengan nikmat yang Allah dah bagi kita sekarang. Kita mungkin akan ingat atau terlupa untuk bersyukur kepada Allah bahawa sebenarnya Allah dah bagi banyak nikmat rahmatNya pada kita.

* 6. Hamba akan tengok gambar dan kenang orang-orang yang saya sayang.

Cara terakhir ambo untuk meningkatkan motivasi diri ialah dengan mengenang orang-orang tersayang contohnya mak bapak, isteri, adik beradik, anak2 saudara dan keluarga saya. Malah hamba akan kenang dan ingat semula jasa dan pengorbanan orang-orang penting dalam hidup hamba contohnya cikgu2 dan kawan2 ambo. Dengan mengingati mereka semua, hamba akan berasa diri hamba ini penting dan perlu melakukan yang terbaik dalam segala perkara yang hamba lakukan.

Haaa begitulah 6 cara hamba menaikkan semangat dan meningkatkan motivasi diri hamba. Alhamdulillah, setakat ini semua cara ini sangat berkesan pada hamba.

Banyak lagi cara lain kita boleh buatkan mengikut anisiatif tersendiri laa..

Banyak lagi cara hamba praktikkan...nanti sambung lagi...

One Response to "Salah satu cara hamba motivasikan diri"

Leave a Reply

Produk Minda Online MinisiteTanpaPhotoshop
PERHATIAN : SILA KLIK UNTUK PILIHAN RADIO @ TV KEGEMARAN ANDA...

Pengikut

Advertisement

Gambar Ulamak



السلام عليكم

ANDA ADALAH PELAWAT KE
Free Hit Counter
Tetamu Online

Untuk Paparan Terbaik Gunakan
Dengan Resolusi 1024x768

E.Mail :
:: Nama ::
Mohd Sabri Bin Mohd Yunus
:: Asal ::
Pasir Mas,Kelantan
:: Status ::
Sarjana Muda Bahasa Arab
:: Email ::
amsyarmuhazzab@yahoo.com
:: Y!M ::
amsyarmuhazzab
:: Phone Number ::
019-5350620



AMARAN : DILARANG MENCARUT

Di sini kita bertemu dan saling bertukar ilmu

Pautan Pelbagai

Utusan Online Berita Harian Online Harian Metro Online Bernama News Suara Kontemporari The Star Melayu Nst Online Malay Mail The Star Menarik TV3 Yahoo News CNN News Aljazeera English Republika Online Harakah Sinar Harian Sinar Harian Themalaysianinsider Tranungkite Sabahkini Sabahdaily

Online Sevices
Maybank2U CIMBcliks Ambank Airasia MAS TM


Palestin Info kasturi group E-Qamus Photobucket darussyifa' Hadith akhirzaman Photobucket doa teladan belajar ba kalamfikalam isuhangat SoalJawab